Sabtu, 17 Disember 2011

KEGUNAAN MAGNET

Magnet digunakan pada sesetengah objek untuk membolehkannya berfungsi dengan baik.
  • Untuk mencantumkan benda.
  • Untuk mengangkat objek bermagnet yang berat. 

MENGENALI KEKUATAN MAGNET

Kekuatan satu magnet boleh diukur dengan mengira bilangan objek bermagnet yang dipegang atau ditarik oleh magnet itu.

Magnet yang paling kuat boleh memegang atau menarik paling banyak objek bermagnet.

  • Menarik 5 klip kertas  
  • Menarik 7 klip kertas


  • Menarik 4 klip kertas


  1. Magnet Q ialah magnet yang paling kuat.
  2. Magnet R ialah magnet yang paling lemah.

MAGNET MENARIK SESETENGAH BAHAN.

Objek yang tertarik kepada magnet dipanggil objek bermagnet. Objek-objek ini diperbuat daripada besi.

  • Klip kertas
  • Paku tekan
  • Paku
  • Jarum



Objek yang tidak tertarik kepada magnet dipanggil objek bukan bermagnet. Objek-objek ini tidak diperbuat daripada besi.

  • Buku
  • Sikat
  • Pasu
  • Baju


MENGENDALIKAN MAGNET

Apabila sesuatu magnet tidak dikendalikan dengan baik, magnet itu akan menjadi lemah dan hilang kemagnetannya.

Cara-cara mengendalikan magnet :

1. Tidak harus dilakukan

  • Memanaskan


  • Mengetuk



  • Menjatuhkan







2. Harus dilakukan



Magnet batang harus disimpan berpasangan dengan pelindung besi di hujungnya apabila tidak digunakan.

Latihan 1

MAGNET ( TOPIK 1 : MENARIK ATAU MENOLAK )

TOPIK 1 : MENARIK ATAU MENOLAK

Contoh bentuk-bentuk magnet dan kutub magnet.


Magnet wujud dalam banyak bentuk.

  • Magnet batang
  • Magnet ladam kuda

  • Magnet bulat

  • Magnet silinder

  • Magnet cincin




Satu magnet mempunyai dua kutub


kutub utarakutub selatan



Kutub yang berbeza pada dua magnet menarik antara satu sama lain.

  • Kutub Utara magnet A menarik Kutub Selatan magnet B.

  • Kutub Selatan magnet A menarik Kutub Utara magnet B.


Kutub yang sama pada dua magnet menolak antara satu sama lain.

  • Kutub Selatan magnet A menolak Kutub Selatan magnet B.

  • Kutub Utara magnet A menolak Kutub Utara magnet B.